SATU KISAH TENTANG A

SATU KISAH TENTANG AKU

Langit yang gelap itu aku tenung. Sunyi. Langit itu lesu tanpa bulan dan bintang yang menemaninya. Satu rasa menyelinap masuk ke dalam setiap tulang tubuhku. Umpama dalam dunia ini hanya wujud aku seorag. Hanya aku yang terpaksa menanggung segala beban dan amanah yang mendatang saban hari. Di sisku , terletak sebuah Quran yang saban hari aku belek . Aku ingin memahami dan mengamalkannya , namun seakan ada satu benteng dalam hati ini yang mengatakan tidak atas segala keputusan aku .

Aku takut . Takut akan dosa – dosaku yang tak terampun. Kerana dosa itu ghaib. Kita tidak tahu sesuatu itu berdosa atau pun tidak . Aku percaya semuanya bergantung pada niat. Justeru itu , saban masa aku hanya bergelut hanya untuk membetulkan niat aku yang aku kira mungkin terpesong. Hati ini kerap kali menangis namun mulutku selalu menafikan. Menidakkan bahawa aku tidak suka dunia ini.

Dunia ini kejam. Kejam sehingga tidak membenarkan setiap penghuninya menghargai nikmat kehidupan yang diberikan Allah . Setiap senyuman yang mengisi umpama sekuntum bunga ros yang mahu tidak mahu akan layu juga satu hari nanti . Tiada yang kekal selamanya . Yang hidup pasti mati , yang baru pasti akan bertukar menjadi lama.

Itulah satu keyataan yang menyebarkan gerun di segelinap hatiku . Kadang – kadang ia menjadi satu penawar yang menyembuhkan hatiku yang mati . Kadang-kadang ia menjadi racun yang membunuh hatiku yang baru hendak sembuh . Aku takut dengan kenyataan ini. Aku mengharapkan hidayah Allah. Aku tak mungkin bisa mencapai satu tahap kebahagiaan itu tanpa bantuan yang Esa .

Rakan. Aku punya banyak teman yang mampu mengajak aku ke arah kebahagiaan itu . Tapi ego yang tinggi , sekali lagi menghalang aku menggapai tangan mereka. Aku umpama sengaja mencari yang salah dalam ajakan mereka. Aku tegakkan prinsipku yag entah apa-apa demi menjaga egoku yang tinggi menjulang ke langit. Lebih teruk aku mempengaruhi yang lain dengan egoku. Sebgai teman , aku gagal. Walaupun begitu , mulutku dikunci daripda berkata yang tak baik kepada temanku. Hati kecilku tahu bahawa apa yang mereka ajak itu terkandung satu kebenaran dan kebahagiaan yang hakiki. Apakah masih ada sinar dalam diriku ?

Kadang – kadang ikutkan hati , aku sedih. Aku gunakan akal utuk memintas apa yang terlintas langsung dari hati. Aku sayangkan diri aku yang seadanya. Takdir Allah adalah rahsia-Nya. Aku sayangkan secebis iman di dadaku ini, Aku tak mahu yang secebis inilah yang diragut. Aku tak mahu yang secebis inilah yang aku hilang selamanyaaaa ! Malah aku mahu yang secebis ini menjadi segumpal dan segunung. Ah ,mampukah aku ? 

No comments: