Berbulatan Gembira

Assalamualaikum

To who yang pernah 'encounter' the perkataan dekat atas, so takdelah rasa pelik sangat dengan term Happy Circle ni. Atau nama lainnya

Usrah.

*pejam mata* kalau dulu akulah yang mula-mula allergic dengan perkataan ini. Bukan sebab taknak hati keras macam batu gunung ke hapa. Sebab kemalasan menguasai semua. Dulu, waktu aku masih lagi hingusan, lap hidung puntak lepas, ostad ostajah selalu je buat aktiviti usrah dekat sekolah.

lelaki : setiap khamis lepas kelas
perempuan : setiap Jumaat masa lelaki pergi solat Jumaat

future gila aku masa tu. Yelah, budak baru nak kenal dunia, nak rasa alam remaja, taknak terlepas series of drama and kerja nak mengelat sentiasa. Siapa nak habiskan peluang balik awal dengan join benda-benda macam ni kan? Isnin-Khamis, non-stop balik semedang lambat. Ada kelas tambahan la, latihan itu ini bagai.

Tapi aku budak baik jenis penakut nak langgar peraturan sekolah. So, jejakkan la jugak kakinya tu cuma at the end ikhlas tak ikhlas persoalannya. Kami guna system naqib naqibah. Waktu aku jadi 'anak buah' naqibah, dia punya malas hanya Tuhan yang tahu.

Bila aku yang terpilih jadi naqibah, *pegang dahi tengok tanah* macammana aku terpilih aku pun taktahu.

--------

sekarang baru aku tahu pentingnya berbulatan gembira. seronok sebenarnya. even hati aku ni jenis keras, jenis siram dengan air dua tiga hari pun belum tentu lut. tapi, sikit-sikit aku belajar. rasa laa terlambatnya tu hah. rasa segan dengan kawan-kawan.

they're GOOD. feels like i'm not belong here. still, try to adapt. sikit-sikit. bukan taknak, nak je cuma ego tinggi sangat. susahnya nak runtuhkan. susah sangat. Ego dengan malu saling berkait. Orang bina ego sebab taknak malu. dan aku jenis macam tu.

macam mana lah kawan-kawan aku boleh bertahan *garu dagu*

pembentukan individu muslim. anak tangga pertama menuju ustaziatul alam.


 
 
Suatu hari, sedang selak surat cinta: Al-Qasas surah ke 28. Muka surat 386. Encounter dengan such a story. Bercerita tentang janji Allah. sungguh, yang ini makan dalam.
 
"Dan hati ibu Musa menjadi kosong. Sungguh hamper saja dia menyatakan (rahsia tentang Musa), seandainya Kami tidak teguhkan hatinya, agar dia termasuk orang-orang yang beriman (kepada janji Allah)" 28:10
 
"Maka kami kembalikan dia (Musa) kepada ibunya, agar senang hatinya dan tidak bersedih hati, dan agar dia mengetahui bahwa janji Allah adalah benar, tetapi kebanyakan mereka tidak menegtahuinya" 28:13
 
-----
 
Terkesan sangat. sangat.
sebab selama ini kita sentiasa mempertikaikan itu dan ini.
mempersoalkan itu dan ini.
 
sedangkan kalau kita benar-benar percaya pada janji Allah
hati akan jadi tenang.
 
takpayah kita sangatlah. itu semua aku.
aku yang suka mempertikaikan semua benda
melontarkan persoalan 'what if..' ke hujung dunia
 
tapi aku nak belajar. belajar sama-sama. sebab kalau aku terjatuh ada tangan yang sudi nak menarik. jom belajar sikit-sikit.
 
Belajar jadi kuat kerana Allah s.w.t.
sebab aku belum cukup kuat. belum cukup KUAT.
 
 
p/s: you should read the tafsir. seriously. and rujuk kepada yang lebih arif. apa yang aku terang dekat atas, aku salin je daripada tafsir Quran aku.
 
 

 
 



No comments: