Hati

Assalamualaikum.

Hati.

Kalau kita benar benar mencintaiNya kita takkan punya masa nak mencintai makhlukNya.
Walau sesaat.

Makan dalam. Sentap. Pedih.

Ketu hati. Dengar. Level manakah hati ini sekarang? Jom sibukkan diri. Sibukkan diri. Jaga hubungan.

Dengan makhluk.
Dengan Al-Quran.
Dengan Allah.

Belajar mencintaiNya. Setulus hati. Bukan sekadar aci main kasih sayang. Kerana sayangnya Dia ke aku, sangat tak terkira. Sebab Dia Maha Penyanyang. Maha Pengasih.

Kerana Dia Maha Hebat memberi kasih sayang. Maha Hebat memberi rahmat. Mana letaknya syukur aku? Mana saluran kasih sayang aku?

Kepada makhluk ciptaanNya kah?
Atau terus kepada sang Pencipta?

Sedangkan fitrah rasa kasih dan sayang dalam seorang makhluk itu jugaadalah nikmat dariNya. Jadi, siapa yang lebih layak dicintai?

DIA pemilik cinta
Atau dia yang dipinjamkan cinta?

Hati ---
Ketuk lagi. Kali ini dengar perlahan lahan. Ke mana ia berdegup.

Kata pada hati ---
"Hati, cinta ini untuk DIA"

No comments: