Telah lama dulu , tersebut kisah si mata juling . Dia seorang kanak-kanak normal , yang mempunyai ketinggian serta warna kulit yang normal . Dia juga mempunyai zaman kanak-kanak yang biasa . Boleh main teng-teng depan rumah , ajak jiran sebelah main kahwin-kahwin . Curi kuali mak nak main masak-masak dengan kawan dan lumba basikal dalam kampung . Biasa , itu biasa untuk dia . Tapi yang menjadikan hidupnya luar daripada biasa ialah dia mempunyai sepasang mata yang bisa membuatkan semua orang tenguk dia macam tengok jakun ! --" *Okay , merapu sungguh . Tapi di samping kawan kawan dengan keluarga yang memahami , Alhamdulillah dia mampu meneruskan kehidupan luar biasanya , juga secara luar biasa . Inilah rentetan hidupnya . .
DI KLINIK . .
Disebabkan tahap penglihatannya kurang memuaskan , si mata juling kena berjumpa dengan optometri untuk membuat cermin mata bagi menyelesaikan masalah rabun jauhnya . Untuk kepentingan pelajarannya jugak . Al-maklumlah , tahun ini tahun SPM Si Mata Juling . Tahun penting dia . Jadi nak tak nak dia kena juga jumpa pakar mata untuk selesaikan masalah ini walaupun dia tahu apa bakal terjadi .
Doktor : Okay , sekarang saya nak periksa tahap penglihatan kamu . Pandang sini sahaja , jangan pandang tempat lain .
Dia : Okay :) *Sambil memfokuskan mata ke tempat yang ditunjukkan.
Doktor : Okay mata kanan kamu 100 lebih . Tinggi tue .
Dia : Mata kiri doktor ?
Doktor : Kamu main-main tadi . saya suruh tengok sini kamu tengok tempat lain .
Di saat itu Si Mata Juling sudah sedih tahap 999 --" Malang nasibnyaa .
DI DEWAN PEPERIKSAAN . . .
Tiba masa untuk menduduki peperiksaan SPM . Slip Peperiksaan , checked ! Kad pengenalan , checked ! Stationery , checked ! Namun , di saat kaki melangkah masuk ke dewan , dia ditahan oleh seorang lelaki berbadan besar , berkemaja biru tangan panjang dan ber-tie :D .
Pengawas : Okay , kamu dikuarantinkan . Kamu kena jawab dalam bilik berasingan .
Dia : Kenapa ? Saya bukan sakit pun cikgu .
Pengawas : Tak , mata kamu suka tengok benda lain . Bukan tengok kertas . Saya takut kamu meniru nanti.
Dan begitulah hari-harinya berlalu . Selama sebulan peperiksaan dijalankan , dia di-diskriminasikan .
DI TANDAS . . .
Alkisah di dalam tandas awam , berkongsi juga dengan orang awam . Memang nasibnya sentiasa malang kalau Si Mata Juling masuk ke dalam tandas time orang lain juga ada . Well , toilet bowl dekat-dekat . Sebelah pula ada seorang lelaki Cina , berbadan besar , lengan berotot dan dicacahkan tatu naga ala ala Chinese New Year yang dah berlalu lama dah --" Di sebabkan keadaan matanya , dia dianggap pervert sebab dikatakan mengendap orang lain . *Yang neyy 18xx . Saya tak boleh nak teruskan . Haha
Sekali lepas itu , pecah muka dia ditumbuk si lelaki Cina tadi . Malang lagi nasibnya . . .
DI SEKOLAH . . .
Alhamdulillah , walaupun dengan keadaan kehidupan luar biasanya , dia diterima berkerja sebagai seorang guru . Seorang guru yang penuh karisma , dan ditakuti semua pelajar . Lebih baik lagi dia dinaikkan pangkat menjadi seorang pengawas peperiksaan dan mungkin 2 tahun lagi dia akan dijadikan Ketua Pengawas Peperiksaan . Siapa tahu ? :D
Namun , kenaikan pangkat itu bersebab . Disebabkan keadaan matanya yang juling itu , tiada pelajar yang berani meniru . kerana matanya sentiasa memandang ke arah mereka . seakan diawasi dari belakang . Disebabkan itu , kes meniru semakin berkurangan semenjak dia dinaikkan pangkat . Dan kes itu mencapai angka sifar sekarang . Bagus kann ? Hahah
DI BANDARAYA . . .
Setelah penat bekerja sebulan , tiba masanya tuntut gaji . Dan seperti biasa Mesin ATM menjadi sahabat karib di awal bulan . Namun nasibnya malang kerana Mesin ATM dia bandaraya itu diletakkan bersebelahan . (ada dua mesin ATM yang diletakkan bersebelahan) . Pada petang itu , ingin dia withdraw duit , ingat nak beli susu anak . Kebetulan , datang seorang perempuan menggunakan Mesin ATM di sebelahnyaa . Mungkin nak withdraw duit kalinyaa --" Hmm .
Dengan keadaan matanya yang juling itu , dia dikatakan sedang mencuri tengok no. pin perempuan itu . Tidak mengetahui keadaan matanya itu , perempuan itu terus mengadu kepada suaminya . *Ouh , dah bersuami rupanya . :D Dengan sekali tumbukan , mukanya pecah untuk kedua kalinya .
Sungguh malang nasibnya . Dari zaman kanak-kanak sehingga zaman bapak kanak-kanak . Namun , dia tabah , dia tak kesah dan dia tak rasa apa-apa . Kerana hanya ketabahannya yang membuatkan orang sekeliling turut tabah mengenalinya .
Credit to : Muhammad Nazirul bin Mohktar for the great story ever :D
"The story is good and make me and Intan laugh and laugh and laugh . Thanks , Yoi "
p/s : macammana pun keadaan diri kita , sentiasa percaya bahawa kita mampu pergi jauh kerana ia adalah ciptaan-Nya .